Search This Blog

Sunday, October 17, 2010

Etika Media

Apa dia etika? Menurut Wikipedia, etika merujuk kepada piawai mantap mengenai apa yang betul dan apa yang salah yang menetapkan apa yang patut dilakukan oleh manusia, lazimnya mengenai hak, tanggungjawab, dan faedga kepada masyarakat, keadilan, atau kebaikan yang spesifik. Misalnya, etika, merujuk kepada piawai yang memaksa tanggungjawab untuk menghalang daripada merogol, mencuri, membunuh, menyerang, memfitnah dan menipu. Piawai etika juga termasuk menjunjung kebenaran, mengasihani, dan kesetiaan.(diakses pada 16 Okt. 2009).
 Etika media ialah garis panduan yang digunakan oleh media sebagai panduan amalan yang baik oleh media. Setiap syarikat media mungkin ada garis panduan ini untuk dijadikan panduan oleh kakitangannya. Begitu juga industri media. Etika ini ini boleh diwujudkan oleh badan-badan professional dan juga kesatuan sekerja. Di Malaysia, Institut Akhbar Malaysia ada mewujudkan tatasusila kewartawanan sebagai panduan kepada para wartawan di negara ini (Sila rujuk garis panduan yang terkandung dalam Tatasusila Kewartawanan ini (Lihat buku Akhbar dan Kuasa, halaman 344-345). Selain itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) juga mempunyai kod etika untu wartawan. Oleh kerana tidak ada badan untuk mengawas kepatuhan kepada Tatasusila Kewartawanan IAM atau Kod Etika NUJ, tidaklah diketahui sama ada wujud kepatuhan atau tidak.
 Bagaimanapun, ada perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai bidangkuasa etika kini menjadi sebahagian daripada undang-undang. Misalnya, finah. Jika dilihat daripada beberapa kes berkaitan dengan fitnah, kita dapat satu gambaran bahawa sedangkan undang-undang pun boleh dilanggar oleh wartawan (kebanyakan kes wartawan didapati bersalah), apa pula halnya dengan etika.
 Perkara-perkara yang menjadi tumpuan Tatasusila Kewartawanan Malaysia ialah:
 Laporan hendaklah benar;
Melaporkan secara jujur dan mengkritik secara saksama;
Wartawan hendaklah menggunakan cara yang betul untuk mendapatkan berita, gambar, filem dan dokumen;
Kesalahan laporan hendaklah dibetulkan;
Merahsiakan sumber berita;
Menghindari laporan berita yang bercorak perkauman dan yang bertentangan dengan tatasusila masyarakat Malaysia;
Wartawan hedaklah memahami undang-undang Malaysia.

No comments:

Post a Comment