Search This Blog

Sunday, October 17, 2010

Etika Media

Apa dia etika? Menurut Wikipedia, etika merujuk kepada piawai mantap mengenai apa yang betul dan apa yang salah yang menetapkan apa yang patut dilakukan oleh manusia, lazimnya mengenai hak, tanggungjawab, dan faedga kepada masyarakat, keadilan, atau kebaikan yang spesifik. Misalnya, etika, merujuk kepada piawai yang memaksa tanggungjawab untuk menghalang daripada merogol, mencuri, membunuh, menyerang, memfitnah dan menipu. Piawai etika juga termasuk menjunjung kebenaran, mengasihani, dan kesetiaan.(diakses pada 16 Okt. 2009).
 Etika media ialah garis panduan yang digunakan oleh media sebagai panduan amalan yang baik oleh media. Setiap syarikat media mungkin ada garis panduan ini untuk dijadikan panduan oleh kakitangannya. Begitu juga industri media. Etika ini ini boleh diwujudkan oleh badan-badan professional dan juga kesatuan sekerja. Di Malaysia, Institut Akhbar Malaysia ada mewujudkan tatasusila kewartawanan sebagai panduan kepada para wartawan di negara ini (Sila rujuk garis panduan yang terkandung dalam Tatasusila Kewartawanan ini (Lihat buku Akhbar dan Kuasa, halaman 344-345). Selain itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) juga mempunyai kod etika untu wartawan. Oleh kerana tidak ada badan untuk mengawas kepatuhan kepada Tatasusila Kewartawanan IAM atau Kod Etika NUJ, tidaklah diketahui sama ada wujud kepatuhan atau tidak.
 Bagaimanapun, ada perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai bidangkuasa etika kini menjadi sebahagian daripada undang-undang. Misalnya, finah. Jika dilihat daripada beberapa kes berkaitan dengan fitnah, kita dapat satu gambaran bahawa sedangkan undang-undang pun boleh dilanggar oleh wartawan (kebanyakan kes wartawan didapati bersalah), apa pula halnya dengan etika.
 Perkara-perkara yang menjadi tumpuan Tatasusila Kewartawanan Malaysia ialah:
 Laporan hendaklah benar;
Melaporkan secara jujur dan mengkritik secara saksama;
Wartawan hendaklah menggunakan cara yang betul untuk mendapatkan berita, gambar, filem dan dokumen;
Kesalahan laporan hendaklah dibetulkan;
Merahsiakan sumber berita;
Menghindari laporan berita yang bercorak perkauman dan yang bertentangan dengan tatasusila masyarakat Malaysia;
Wartawan hedaklah memahami undang-undang Malaysia.

Friday, October 15, 2010

BAGAIMANAKAH MEDIA DAPAT MENGEMBALIKAN PENGHAYATAN YANG SEWAJARNYA UNTUK PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA?

Pada zaman moden ini, suasana perayaan di Malaysia sudah berubah. Kemeriahan menyambut perayaan semakin berkurangan. Suasana perayaan ini berbeza berbanding dengan zaman sebelum ini. Perayaan - perayaan yang disambut antaranya Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Depavali, Krismas dan laen² lagi disambut dengan begitu meriah dan bermakna pada masa dulu. Tetapi, kemeriahannya sudah pun berubah pada masa kini. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya kebanyakan org pada masa kini sibuk untuk mencari kemewahan sahaja. Di musim perayaan pun mereka tetap bekerja. Mereka sudah lupa untuk beraya bersama dengan keluarga di kampung. Hal ini telah menyebabkan suasana perayaan berkurang kerana ada ahli keluarga yang tidak beraya bersama². Dalam pada itu, media telah memainkan peranan untuk mengembalikan penghayatan terhadap perayaan yang terdapat di Malaysia tetapi ianya nampak kurang berkesan. Media² menggunakan pendekatan yang lama untuk menyampaikan pengahayatan ini. hal ini telah menyebabkan masyarakat menjadi bosan kerana media hanya menggunakan pendekatan yang sama untuk memberi penghayatan tentang media. Media seharusnnya menggunakan pendekatan yang lebih moden supaya masyarakat dapat terkesan terhadap penghayatan hari raya itu. Media haruslah menyampaikan satu mesej yang betul² menyedarkan masyarakat tentang pentingnya perayaan di Malaysia ini. Media juga perlu menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran. Hal ini kerana, kanak-kanak perlu menyedari betapa pentingnya perayaan ini. Apabila mereka dewasa nanti, mereka aku mengetahui yang perayaan sangat penting bagi mereka. Sebagai contoh, serita Upin Dan Ipin Raya. Cerita ini banyak memberi kesan yang mendalam kepada kanak-kanak. Dengan cara ini, saya pasti kanak-kanak ini akan lebih memahami tentang penghayatan Hari Raya.

Saturday, October 9, 2010

DEFINISI BUDAYA

Budaya berasal daripada bahasa sanskrit iaitu Buddhayah yang merujuk kepada bentuk jamak dari budi dan akal.

Secara amnya, budaya bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah akal, semangat dan usaha manusia dalam satu kelompok. perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" iaitu budi dan daya yakni budi sebagai aspek akal fikiran dan nilai manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan.


Menurut Herskovits, beliau memandangkan kebudayaan sebagai sesuatu yang turun temurun dari satu ganerasi ke satu ganerasi lain, yang kemudiannya disebut superorganik. Menurut Andreas Eppink, kebudayaan mengadungi keseluruhan pengertian nilai sosial, normal sosial, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur² sosial, agama dan lain².



M.J. Herkovits menyatakan kebudayaan memiliki 4 unsur pokok iaitu:
- alat² teknologi.
- sistem ekonomi.
- keluarga
- kekuasaan politik.








  DEFINISI MASYARAKAT


Istilah masyarakat berasal dari perkataan akar bahasa arab " syaraka " bereri ikut serta, berpatisipasi. Dalam bagasa inggeris, society berasal dari bahasa latin " socius " yang bermaksud kawan.


J.L. Gilin dan J.P. Gilin mengatakan bahawa masyarakat adalah kelompok manusia yang terbesar dan mempunyai kebiasaan, tradisi, sikap dan perasaan persatuan yang sama.


Mac Lver dan Page pula menyatakan bahawa masyarakat adalah satu sistem dari kebiasaan dan tatacara dari kuasa dan kerjasama antara berbagai kelompok dan pergolongan, dari pengawasan tingkah laku serta kebebasan manusia.


Menurut M.J. Herkovits dan Bronislaw Malinowski, mereka mengemukakan bahawa segala yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan masyarakat itu sendiri. Istilah untuk pendapat itu adalah Culture Determinism.

Sunday, August 22, 2010

MENGAPA MEDIA PENTING?

Definisi Media

Sebuah konstruk model produk budaya yang banyak dipengaruhi oleh perubahan sosial dan gaya hidup. Ada media yang secara khusus menyajikan isu-isu politik di dalamnya, ada juga juga yang 'tidak mahu' menyajikannya tapi justru 'menggunakannya' sebagai wadah penyalur keperluan peribadi atau kelompoknya yang mengandungi satu visi dan misi yang sama.

Fred Inglis mengartikan Teori Media sebagai Teori Politik. Karena media; mau tidak mau, dengan maksud atau tanpa maksud merupakan alat politik, dan akan selalu menjadi alat politik. Sehingga kepentingan politik kelompok tertentu, atau bahkan seorang individu sekali pun bisa tersalurkan. Politik tidak selalu identik dengan negara, pemerintah, pejabat, hukum atau militer. 

Aristoteles mengkategorikan manusia sebagai makhluk yang cenderung politis; selalu mempunyai, dan ingin, mengaspirasikan kepentingannya. Dalam hal ini istilah politik sangat umum sekali sifatnya. Politik menembus berbagai dimensi teks kehidupan: Institusi Sosial dan Politik (Formal & Informal), Ilmu Pengetahuan dan Kebudayaan.


Kepentingan Media


Media memberi banyak kepentingan kepada manusia. Melalui media, banyak informasi² penti yang boleh diperolehi. Setiap informasi yang diperolehi adalah tepat dan pantas.

AKHBAR SINAR HARIAN



Latar Belakang.

Sinar Harian merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu di Malaysia. Ia pertama kali diterbitkan pada 31 Mac 2006 untuk pasaran negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Selain itu, Edisi Selangor dan Kuala Lumpurjuga diedarkan di sekitar Lembah Kelang, Edisi Melaka & Negeri Sembilan, Edisi Perak serta Edisi Utara untuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Akhbar ini diterbitkan lima hari seminggu iaitu dari Isnin hingga Jumaat.


Ciri-ciri.

Akhbar ini bersaiz kompak dan menyasarkan kepada semua peringkat lapisan masyarakat dengan slogan "Cakna & Dinamik". "Cakna" merupakan dialek Kelantan dan Terengganu yang bermaksud ambil tahu atau prihatin. Akhbar ini mempunyai 48 halaman dan berharga "samah" atau 50 sen sahaja di awal keluarannya. Namun kini ia berharga 70 sen. Ia menyajikan berita-berita semasa daerah-daerah di Kelantan dan Terengganu di samping berita nasional (sebagai berita kedua). Ia juga memaparkan berita sukan, maklumat pelancongan, wanita dan berita luar negara.
Ia dicetak dan diterbitkan oleh Akhbar Cabaran Sdn Bhd yang berpengkalan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.


Sejarah

Sinar Harian pertama kali diterbitkan pada Ogos 2006,yang edarannya hanya merangkumi negeri Kelantan dan Terengganu.Pada April 2007,Edisi Pahang pula menyusul.Sebelum itu,Edisi Kelantan dipisahkan dengan Terengganu untuk lebih ruang laporan daerah mereka.Hujung tahun 2007,Edisi Selangor dan Wilayah Persekutuan pula diterbitkan.Setahun kemudian,Sinar harian diterbitkan pula di Negeri Sembilan dan Melaka serta di Kedah,Pulau Pinang dan Perlis.Januari 2009 adalah diterbitkan Edisi Perak.18 Jun 2010,Edisi semenanjung terakhir,Johor diterbitkan. 





Pemilik

Karang Kraf Sdn. Bhd.

Kumpulan Karangkraf memulakan usahanya di sebuah shoplot kecil sederhana pada tahun 1978, pengasasnya Hussamuddin bin Hj. Yaacub punya mimpi sederhana untuk menafsirkan laman putih menjadi peluang besar. Majalah gadis diterbitkan di bawah kumpulan itu Kanak-Kanak Mingguan, dan ini akan diikuti dengan tabloid mingguan Bacaria, Watan, Media Hiburan dan kemudian Seri Dewi & Keluarga, Remaja dan Nona.
Hari ini Kumpulan Karangkraf, merupakan bahasa terbesar Malaysia penerbit majalah nasional dengan 30 tajuk di bawah ikat pinggang nya. Selama 30 tahun terlibat dalam industri penerbitan, Kumpulan Karangkraf terus mengalami pertumbuhan yang luar biasa melalui jualan positif dan tokoh iklan. Hal ini lebih ditingkatkan dengan mengambil langkah berani menggali ke dalam dunia surat khabar harian yang kompetitif dengan pelancaran Sinar Harian. Tidak seperti surat khabar kebangsaan yang lain, Sinar Harian ialah 100
% daerah (Negara) surat khabar di Semenanjung.

Tuesday, August 17, 2010

siapa milik siapa?

Kumpulan Utusan telah diperbadankan di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited pada 1938.
Akhbar yang pertama di keluarkan ialah pada 29 Mei 1939. Pada awalnya, akhbar ini menggunakan tulisan Jawi iaitu tulisan Arab. Akhbar dicetak di Singapura dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pembaca. Ini kerana pada ketika itu, ramai yang mahir membaca tulisan Jawi di Tanah Melayu jajahan British. Pada tahun tersebut juga Utusan Zaman diterbitkan.

kedua-dua akhbar inimerupakan pemangkin kepada pembangunan intelek-intelek nasionalis Melayu kemudiannya telah melahirkan kepimpinan politik yang berkesedaran tentang persediaan untuk mencapai kemerdekaan.  Pada bulan Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun 1957, ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Utusan Melayu telah mengukuhkan kedudukannya dan terus memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Tanah Melayu.


Pada tahun 1967, Utusan Melayu telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad awam di bawah Akta Syarikat, bernama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang maju dengan amat pesat sehingga mencapai puncaknya dengan penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1994.



Sehingga kini Kumpulan Utusan bukan sahaja memberi tumpuan dalam penerbitan akhbar Utusan Malaysia, tetapi juga Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad di samping beberapa perniagaan media lain melalui anak-anak syarikatnya. Antaranya ialah pengiklanan melalui Utusan Media Sales (UMES) dan Utusan Airtime, penerbitan majalah (Utusan Karya), penerbitan buku (Utusan Publications & Distributions - UP&D), percetakan (Utusan Printcorp) dan perkhidmatan Online (Perfisio).

definisi masyarakat dan budaya

Apakah maksud masyarakat?


Perkataan masyarakat berasal dari perkataan society dating daripada bahasa Latin societas “perhubungan baik dengan orang lain”. Perkataan societas diambil dari socius yang bererti ‘teman’ maka makna masyarakat ini adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakan social

Ini bermakna telah tersirat dalam kata masyarakat bahawa ahli-ahli mempunyai kepentingan dan matlamat yang sama. Maka masyarakat selalu digunakan untuk menggambarkan rakyat yang tinggal.

Istilah ini digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama. Boleh dikatakan sebagai jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, tingak laku oleh kumpulan orang-oranga itu. Masyarakat merupakan subjek utama kajian sains sosial.

Masyarakat yang ingin kestabilan memerlukan kerjasama untuk tolong-menolong antara satu sama lain. Salain itu, perlu juga nilai-nilai murni iaitu kerakyatan,hak dan etika. Kerakyatan merupakan hubungan di sisi undang-undang antara seseorang dengan sesebuah Negara. Jika sesebuah Negara mempunyai undang-undang,undang-undang itu akan bersepadan dengan persepesi umum, akan tetapi jika Negara itu dibahagikan kepada negeri-negeri yang berasingan,peraturan yang berbeza-beza akan terjadi. Hak pula merujuk kepada sesuatu yang dimiliki secara semula jadi oleh setiap manusia. Contohnya,setiap anak akan mewarisi harta ayah atau ibunya setelah meninggal dunia. Contoh dari segi masyarakat pula ialah hak mendapatkan pendidikan,hak bersuara dan sebagainya. Bagi etika merujuk kepada falsafah moral. Etika merupakan salah satu cabang utama etika ialah “kehidupan baik” iaiatu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah.





Apa itu budaya?

Budaya berasal daripada perkataan Sanskrit buddayah yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi , yang bermaksud budi perkerti dan akal. Secara umumnya, membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal.

Pengertian yang lebih luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan “perkar a semula jadi” yang bukan diciptakan atau diubah oleh manusia. Didalam bahasa Inggeris,kebudayaan disebut sebagai culture yang berasal daripada perkataan Latin Colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.

definisi masyarakat dan budaya.

Mengapa media penting? Media mempengaruhi? Berikan contoh-contoh peribadi anda media mempengaruhi.

Media sememang memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Kita tidak dapat lari dari media. Ini kerana media merupakn sumber maklumat kepada kita. Namun,tidak semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat. Kita perlu meniali semuanya itu berdasarkan bukti dan alas an yang kukuh. Media sememang mempengaruhi diri saya. Contohnya:


Pertama, media memaarkan kepada penonton bagaimana standard hidup layak bagi seorang manusia, dari sini penonton menilai apakah lingkungan mereka sudah layak. Gambaran ini banyak dipengaruhi dari apa yang penonton lihat dari media. Sebagai contoh mempunyai kepribadian yang sangat baik. Banyak dugaan yang perlu dilalaui untuk mencapai standard ini. Akhirnya, orang-orang seperti ini yang akan mendapati pujian dan dihormati. Kedua, drama yang dipaparkan oleh media boleh jadi mempengaruhi apa yang penontonnya inginkan, sebagai contoh media mengambarkan kehidupan keluarga sempurna, dan penontonnya mula membandingkan dan membicarakan kehidupan keluarga tersebut, dimana kehidupan keluarga yang dipaparkan itu kelihatan begitu sempurna sehingga kesalahan mereka menjadi topik hangat setiap hari oleh penonton, atau mereka mulai menertawakan tingkahlaku yang aneh dan hal-hal kecil yang terjadi pada drama tersebut.Ketiga, media visual dapat memenuhi keperluan penonton akan tingkahlaku yang lebih baik, pintar, cantik/ tampan, dan kuat. Contohnya anak-anak kecil dengan cepat memgambarkan bahawa mereka sebagai penyihir seperti Harry Potter, atau putri raja seperti tokoh Disney. Keempat, bagi remaja dan kaum muda, mereka tidak hanya berhenti sebagai penonton atau pendengar, mereka juga menjadi "penentu", dimana mereka menentukan arah media popular saat mereka juri dan mengemukakan pendapatnya. Terutamanya dalam rancangan realiti iaitu Akademi Fantasia.

. Media boleh membuat penonton berasa senang akan diri mereka,cukup, atau merasa rendah dari yang lain .

Thursday, August 12, 2010

KOSMO!

KOSMO! telah dilancarkan pada 30 Ogos 1994 oleh perdana menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Kosmo! diperkenalkan kepada pembaca di Malaysia dengan sebuah akhbar yang bersaiz kompak. Akhbar yang padat dengan pelbagai topic berita di dalam dan di luar Negara yang menyasarkan kepada generasi muda yang kontemporari, moden dan aktif dalam kehidupan seharian.
KOSMO yang berkonsepkan sebuah akhbar harian yang berslogankan Suara Kontemporari dan bermoto “Bukan sekadar berita” adalah sesuai untuk semua golangan pembaca di Malaysia.
KOSMO merupakan sebuah akhbar tabloid yang berusaha untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa pembaca akhbar KOSMO bukan sahaja terdiri daripada kaum melayu tetapi merangkumi semua kaum yang terdapat di Malaysia. Walaupun usia akhbar KOSMO ini masih muda tetapi masih berupaya untuk bersaing dengan akhbar yang agak veteran seperti Berita Harian,Harian Metro dan lain-lain dalam industri ini di Malaysia. Perkara ini dapat dibuktikan apabila penjualannya mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pembaca terutama di Lembah Klang, Edisi Utara, Edisi Selatan. Sebagai strategi untuk bersaing dengan akhbar tempatan yang terkemuka, KOSMO! telah menurunkan harga daripada RM 1.20 kepada RM 0.80 untuk edaran harian dan daripada RM1.50 kepada RM1.00 untuk KOSMO! Ahad pada 1 September 2005.
Serentak itu untuk edaran di dalam kampus dan di Universiti, harga bagi penjualan akhbar KOSMO! ahad telah diturunkan kepada RM0.40 daripada RM0.50 tetapi telah dinaikkan semula kepada RM1.00. Namun harga ini masih lagi dianggap murah di pasaran luar IPT.
Akhbar KOSMO! merupakan akhbar terbitan syarikat Kumpulan Utusan yang julung kalinya menerbitkan sebuah akhbar yang bersaiz kompak untuk semua pembaca. Kumpulan Utusan merupakan sebuah syarikat perbadanan pada tahun 1938 di Singapura. Selepas Tanah Melayu mancapai kemerdekaan, ibu pejabat Kumpulan Utusan telah di pindahkan ke ibu Negara Kuala Lumpur. Kumpulan Utusan telah memainkan peranan utama kepada industri ini di Malaysia untuk menubuhkan Negara Malaysia.

Saturday, July 24, 2010

Ini hasil kerja pertama kami. Tugasan yang diberikan ialah Bagaimana Lagu Merupakan Satu Media. Pilih lagu kesukaan dan terangkan bagaimana lagu tersebut merupakan satu media.

Abdul Halim
Lagu pilihan : Wajah - Jaclyn Victor


Wajah

Artist: Jaclyn Victor
Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat lagi menggalas bebannya
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri


Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup tak pernah
luntur
Engkaulah perwira di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan


Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
  Pada pendapat saya Lagu ini dianggap sebagai media kerana telah menyampaikan satu masej yang dapat menyedarkan masyarakat akan golongan - golongan yang tidak berkemampuan dibandingkan golongan² yang berada di kawasan bandar yang hidupnya jauh lebih mewah. Dalam lagu ini juga, penyanyi menyatakan keadaan, situasi dan halangan yang terpaksa ditempuh oleh golongan ini setiap hari. Golongan² miskin ini tinggal dalam keadaan yang sangat daif. Ibu bapa dalam golongan ini terpaksa bekerja keras untuk menyara hidup keluarga mereka biarpun sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sahaja. Walaupun golongan ini sering ditimpa masalah, tapi mereka tetap berusaha untuk memberi sesuap nasi kepada anak  mereka. Walau apa pun, mereka tetap inginkan belas kasihan daripada golongan yang lebih berkemampuan walaupun hanya secupak beras.
By: Abdul Halim

Thursday, July 22, 2010

Aidey
Lagu pilihan : Fikirkan Boleh - Amuk



Lirik Lagu Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Pada pendapat saya Lagu ini dianggap sebagai media kerana dapat menarik perhatian para pendengar terutama generasi muda. Ini kerana lagu ini berirama rock yang kebanyakkan di minati oleh generasi muda pada ketika ini. Selain itu juga, lagu ini mampu di fahami mudah kerana segala mesej yang ingin di sampaikan dalam lagu ini amat jelas. Contohnya, penulis lirik ini menekankan agar setiap kita harus berusaha dengan lebih gigih dan tidak mudah berputus asa. Perkara penting dalam menggapai kejayaan ialah keyakinan yang tinggi. Ini merupakan kunci kepada kejayaan yang sebenar. Lagu ini akan mampu membakar semagat generasi muda untuk terus lebih gigih kerana lagu ini boleh meingkatkan semangat generasi muda. Semangat yang kental adalah pendorong semula jadi yang pastinya membawa kepada kejayaan. Lagu ini sesuai kepada mereka yang sedang berusaha. Lagu ini juga menjadi motivasi kepada mereka agar tabah untuk menghadapi segala kemungkinan dalam mencapai kejayaan.
By:Aidey

Tuesday, July 20, 2010

Mohd Baidillah
Lagu pilihan : Hijau - Zainal Abidin




Zainal Abidin



Hijau 



Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo


Pada pendapat saya, lagu ini berkesan sebagai satu media perantaraan penulis lagu ini dengan pendengar. Penulis lagu ini menyatakan bumi kini sudah semakin musnah ditelan pembangunan yang dilakukan oleh manusia yang rakus dan hanya mementingkan kepentingan peribadi sahaja. Tetapi pada hakikatnya, mereka tidak mengetahui yang pembangunan yang membabi - buta it meninggalkan kesan buruk terhadap diri mereka sendiri. Sebagai contoh, penebangan hutan yang berleluasa telah mengakibatkan alam fauna yang terpelihara dan memberi banyak manfaat kepada manusia telah terjejas. Oksigen yang dikeluarkan akan berkurangan dan hal ini demikian akan menyebabkan manusia akan pupus kerana kurangnya kandungan dalam udara di bumi. Penulis ini bimbangkan kemungkinan yang bakal berlaku kepada anak cucu mereka pada ganerasi akan datang. Bagi saya, Segala mesej yang ada pada lagu ini telah sampai kepada saya. Dan saya berharap agar semua yang mendengar sedar akan kesan buruk yang bakal berlaku kelak.
by: dlah