Search This Blog

Saturday, October 9, 2010

DEFINISI BUDAYA

Budaya berasal daripada bahasa sanskrit iaitu Buddhayah yang merujuk kepada bentuk jamak dari budi dan akal.

Secara amnya, budaya bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah akal, semangat dan usaha manusia dalam satu kelompok. perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" iaitu budi dan daya yakni budi sebagai aspek akal fikiran dan nilai manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan.


Menurut Herskovits, beliau memandangkan kebudayaan sebagai sesuatu yang turun temurun dari satu ganerasi ke satu ganerasi lain, yang kemudiannya disebut superorganik. Menurut Andreas Eppink, kebudayaan mengadungi keseluruhan pengertian nilai sosial, normal sosial, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur² sosial, agama dan lain².



M.J. Herkovits menyatakan kebudayaan memiliki 4 unsur pokok iaitu:
- alat² teknologi.
- sistem ekonomi.
- keluarga
- kekuasaan politik.








  DEFINISI MASYARAKAT


Istilah masyarakat berasal dari perkataan akar bahasa arab " syaraka " bereri ikut serta, berpatisipasi. Dalam bagasa inggeris, society berasal dari bahasa latin " socius " yang bermaksud kawan.


J.L. Gilin dan J.P. Gilin mengatakan bahawa masyarakat adalah kelompok manusia yang terbesar dan mempunyai kebiasaan, tradisi, sikap dan perasaan persatuan yang sama.


Mac Lver dan Page pula menyatakan bahawa masyarakat adalah satu sistem dari kebiasaan dan tatacara dari kuasa dan kerjasama antara berbagai kelompok dan pergolongan, dari pengawasan tingkah laku serta kebebasan manusia.


Menurut M.J. Herkovits dan Bronislaw Malinowski, mereka mengemukakan bahawa segala yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan masyarakat itu sendiri. Istilah untuk pendapat itu adalah Culture Determinism.

No comments:

Post a Comment