Search This Blog

Friday, October 15, 2010

BAGAIMANAKAH MEDIA DAPAT MENGEMBALIKAN PENGHAYATAN YANG SEWAJARNYA UNTUK PERAYAAN-PERAYAAN DI MALAYSIA?

Pada zaman moden ini, suasana perayaan di Malaysia sudah berubah. Kemeriahan menyambut perayaan semakin berkurangan. Suasana perayaan ini berbeza berbanding dengan zaman sebelum ini. Perayaan - perayaan yang disambut antaranya Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Depavali, Krismas dan laen² lagi disambut dengan begitu meriah dan bermakna pada masa dulu. Tetapi, kemeriahannya sudah pun berubah pada masa kini. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya kebanyakan org pada masa kini sibuk untuk mencari kemewahan sahaja. Di musim perayaan pun mereka tetap bekerja. Mereka sudah lupa untuk beraya bersama dengan keluarga di kampung. Hal ini telah menyebabkan suasana perayaan berkurang kerana ada ahli keluarga yang tidak beraya bersama². Dalam pada itu, media telah memainkan peranan untuk mengembalikan penghayatan terhadap perayaan yang terdapat di Malaysia tetapi ianya nampak kurang berkesan. Media² menggunakan pendekatan yang lama untuk menyampaikan pengahayatan ini. hal ini telah menyebabkan masyarakat menjadi bosan kerana media hanya menggunakan pendekatan yang sama untuk memberi penghayatan tentang media. Media seharusnnya menggunakan pendekatan yang lebih moden supaya masyarakat dapat terkesan terhadap penghayatan hari raya itu. Media haruslah menyampaikan satu mesej yang betul² menyedarkan masyarakat tentang pentingnya perayaan di Malaysia ini. Media juga perlu menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran. Hal ini kerana, kanak-kanak perlu menyedari betapa pentingnya perayaan ini. Apabila mereka dewasa nanti, mereka aku mengetahui yang perayaan sangat penting bagi mereka. Sebagai contoh, serita Upin Dan Ipin Raya. Cerita ini banyak memberi kesan yang mendalam kepada kanak-kanak. Dengan cara ini, saya pasti kanak-kanak ini akan lebih memahami tentang penghayatan Hari Raya.

No comments:

Post a Comment