Search This Blog

Saturday, July 24, 2010

Ini hasil kerja pertama kami. Tugasan yang diberikan ialah Bagaimana Lagu Merupakan Satu Media. Pilih lagu kesukaan dan terangkan bagaimana lagu tersebut merupakan satu media.

Abdul Halim
Lagu pilihan : Wajah - Jaclyn Victor


Wajah

Artist: Jaclyn Victor
Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat lagi menggalas bebannya
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri


Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup tak pernah
luntur
Engkaulah perwira di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan


Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
  Pada pendapat saya Lagu ini dianggap sebagai media kerana telah menyampaikan satu masej yang dapat menyedarkan masyarakat akan golongan - golongan yang tidak berkemampuan dibandingkan golongan² yang berada di kawasan bandar yang hidupnya jauh lebih mewah. Dalam lagu ini juga, penyanyi menyatakan keadaan, situasi dan halangan yang terpaksa ditempuh oleh golongan ini setiap hari. Golongan² miskin ini tinggal dalam keadaan yang sangat daif. Ibu bapa dalam golongan ini terpaksa bekerja keras untuk menyara hidup keluarga mereka biarpun sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sahaja. Walaupun golongan ini sering ditimpa masalah, tapi mereka tetap berusaha untuk memberi sesuap nasi kepada anak  mereka. Walau apa pun, mereka tetap inginkan belas kasihan daripada golongan yang lebih berkemampuan walaupun hanya secupak beras.
By: Abdul Halim

Thursday, July 22, 2010

Aidey
Lagu pilihan : Fikirkan Boleh - Amuk



Lirik Lagu Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Pada pendapat saya Lagu ini dianggap sebagai media kerana dapat menarik perhatian para pendengar terutama generasi muda. Ini kerana lagu ini berirama rock yang kebanyakkan di minati oleh generasi muda pada ketika ini. Selain itu juga, lagu ini mampu di fahami mudah kerana segala mesej yang ingin di sampaikan dalam lagu ini amat jelas. Contohnya, penulis lirik ini menekankan agar setiap kita harus berusaha dengan lebih gigih dan tidak mudah berputus asa. Perkara penting dalam menggapai kejayaan ialah keyakinan yang tinggi. Ini merupakan kunci kepada kejayaan yang sebenar. Lagu ini akan mampu membakar semagat generasi muda untuk terus lebih gigih kerana lagu ini boleh meingkatkan semangat generasi muda. Semangat yang kental adalah pendorong semula jadi yang pastinya membawa kepada kejayaan. Lagu ini sesuai kepada mereka yang sedang berusaha. Lagu ini juga menjadi motivasi kepada mereka agar tabah untuk menghadapi segala kemungkinan dalam mencapai kejayaan.
By:Aidey

Tuesday, July 20, 2010

Mohd Baidillah
Lagu pilihan : Hijau - Zainal Abidin




Zainal Abidin



Hijau 



Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo


Pada pendapat saya, lagu ini berkesan sebagai satu media perantaraan penulis lagu ini dengan pendengar. Penulis lagu ini menyatakan bumi kini sudah semakin musnah ditelan pembangunan yang dilakukan oleh manusia yang rakus dan hanya mementingkan kepentingan peribadi sahaja. Tetapi pada hakikatnya, mereka tidak mengetahui yang pembangunan yang membabi - buta it meninggalkan kesan buruk terhadap diri mereka sendiri. Sebagai contoh, penebangan hutan yang berleluasa telah mengakibatkan alam fauna yang terpelihara dan memberi banyak manfaat kepada manusia telah terjejas. Oksigen yang dikeluarkan akan berkurangan dan hal ini demikian akan menyebabkan manusia akan pupus kerana kurangnya kandungan dalam udara di bumi. Penulis ini bimbangkan kemungkinan yang bakal berlaku kepada anak cucu mereka pada ganerasi akan datang. Bagi saya, Segala mesej yang ada pada lagu ini telah sampai kepada saya. Dan saya berharap agar semua yang mendengar sedar akan kesan buruk yang bakal berlaku kelak.
by: dlah