Search This Blog

Tuesday, August 17, 2010

siapa milik siapa?

Kumpulan Utusan telah diperbadankan di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited pada 1938.
Akhbar yang pertama di keluarkan ialah pada 29 Mei 1939. Pada awalnya, akhbar ini menggunakan tulisan Jawi iaitu tulisan Arab. Akhbar dicetak di Singapura dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pembaca. Ini kerana pada ketika itu, ramai yang mahir membaca tulisan Jawi di Tanah Melayu jajahan British. Pada tahun tersebut juga Utusan Zaman diterbitkan.

kedua-dua akhbar inimerupakan pemangkin kepada pembangunan intelek-intelek nasionalis Melayu kemudiannya telah melahirkan kepimpinan politik yang berkesedaran tentang persediaan untuk mencapai kemerdekaan.  Pada bulan Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun 1957, ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Utusan Melayu telah mengukuhkan kedudukannya dan terus memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Tanah Melayu.


Pada tahun 1967, Utusan Melayu telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad awam di bawah Akta Syarikat, bernama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang maju dengan amat pesat sehingga mencapai puncaknya dengan penyenaraian di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1994.



Sehingga kini Kumpulan Utusan bukan sahaja memberi tumpuan dalam penerbitan akhbar Utusan Malaysia, tetapi juga Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad di samping beberapa perniagaan media lain melalui anak-anak syarikatnya. Antaranya ialah pengiklanan melalui Utusan Media Sales (UMES) dan Utusan Airtime, penerbitan majalah (Utusan Karya), penerbitan buku (Utusan Publications & Distributions - UP&D), percetakan (Utusan Printcorp) dan perkhidmatan Online (Perfisio).

No comments:

Post a Comment