Search This Blog

Thursday, August 12, 2010

KOSMO!

KOSMO! telah dilancarkan pada 30 Ogos 1994 oleh perdana menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Kosmo! diperkenalkan kepada pembaca di Malaysia dengan sebuah akhbar yang bersaiz kompak. Akhbar yang padat dengan pelbagai topic berita di dalam dan di luar Negara yang menyasarkan kepada generasi muda yang kontemporari, moden dan aktif dalam kehidupan seharian.
KOSMO yang berkonsepkan sebuah akhbar harian yang berslogankan Suara Kontemporari dan bermoto “Bukan sekadar berita” adalah sesuai untuk semua golangan pembaca di Malaysia.
KOSMO merupakan sebuah akhbar tabloid yang berusaha untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa pembaca akhbar KOSMO bukan sahaja terdiri daripada kaum melayu tetapi merangkumi semua kaum yang terdapat di Malaysia. Walaupun usia akhbar KOSMO ini masih muda tetapi masih berupaya untuk bersaing dengan akhbar yang agak veteran seperti Berita Harian,Harian Metro dan lain-lain dalam industri ini di Malaysia. Perkara ini dapat dibuktikan apabila penjualannya mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pembaca terutama di Lembah Klang, Edisi Utara, Edisi Selatan. Sebagai strategi untuk bersaing dengan akhbar tempatan yang terkemuka, KOSMO! telah menurunkan harga daripada RM 1.20 kepada RM 0.80 untuk edaran harian dan daripada RM1.50 kepada RM1.00 untuk KOSMO! Ahad pada 1 September 2005.
Serentak itu untuk edaran di dalam kampus dan di Universiti, harga bagi penjualan akhbar KOSMO! ahad telah diturunkan kepada RM0.40 daripada RM0.50 tetapi telah dinaikkan semula kepada RM1.00. Namun harga ini masih lagi dianggap murah di pasaran luar IPT.
Akhbar KOSMO! merupakan akhbar terbitan syarikat Kumpulan Utusan yang julung kalinya menerbitkan sebuah akhbar yang bersaiz kompak untuk semua pembaca. Kumpulan Utusan merupakan sebuah syarikat perbadanan pada tahun 1938 di Singapura. Selepas Tanah Melayu mancapai kemerdekaan, ibu pejabat Kumpulan Utusan telah di pindahkan ke ibu Negara Kuala Lumpur. Kumpulan Utusan telah memainkan peranan utama kepada industri ini di Malaysia untuk menubuhkan Negara Malaysia.

No comments:

Post a Comment