Search This Blog

Tuesday, August 17, 2010

definisi masyarakat dan budaya

Apakah maksud masyarakat?


Perkataan masyarakat berasal dari perkataan society dating daripada bahasa Latin societas “perhubungan baik dengan orang lain”. Perkataan societas diambil dari socius yang bererti ‘teman’ maka makna masyarakat ini adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakan social

Ini bermakna telah tersirat dalam kata masyarakat bahawa ahli-ahli mempunyai kepentingan dan matlamat yang sama. Maka masyarakat selalu digunakan untuk menggambarkan rakyat yang tinggal.

Istilah ini digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama. Boleh dikatakan sebagai jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, tingak laku oleh kumpulan orang-oranga itu. Masyarakat merupakan subjek utama kajian sains sosial.

Masyarakat yang ingin kestabilan memerlukan kerjasama untuk tolong-menolong antara satu sama lain. Salain itu, perlu juga nilai-nilai murni iaitu kerakyatan,hak dan etika. Kerakyatan merupakan hubungan di sisi undang-undang antara seseorang dengan sesebuah Negara. Jika sesebuah Negara mempunyai undang-undang,undang-undang itu akan bersepadan dengan persepesi umum, akan tetapi jika Negara itu dibahagikan kepada negeri-negeri yang berasingan,peraturan yang berbeza-beza akan terjadi. Hak pula merujuk kepada sesuatu yang dimiliki secara semula jadi oleh setiap manusia. Contohnya,setiap anak akan mewarisi harta ayah atau ibunya setelah meninggal dunia. Contoh dari segi masyarakat pula ialah hak mendapatkan pendidikan,hak bersuara dan sebagainya. Bagi etika merujuk kepada falsafah moral. Etika merupakan salah satu cabang utama etika ialah “kehidupan baik” iaiatu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah.





Apa itu budaya?

Budaya berasal daripada perkataan Sanskrit buddayah yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi , yang bermaksud budi perkerti dan akal. Secara umumnya, membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal.

Pengertian yang lebih luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan “perkar a semula jadi” yang bukan diciptakan atau diubah oleh manusia. Didalam bahasa Inggeris,kebudayaan disebut sebagai culture yang berasal daripada perkataan Latin Colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.

No comments:

Post a Comment